Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Ogos 2024

2024-08-12 13

Ringgit terus dibuka dengan nota yang lebih baik pagi ini, didorong oleh sentimen yang berdaya tahan menjelang pengeluaran data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk suku kedua (2Q) 2024 minggu ini.

Pada jam 8 pagi, nota tempatan meningkat 30 mata peratusan (pips) kepada 4.4170/4290 berbanding dolar AS dari penutupan Jumaat pada 4.4200/4280.